LATAR BELAKANG SYARIKAT



MAKNA LOGO: 


POKOK: Melambangkan institusi kekeluargaan yang memerlukan sokongan daripada setiap ahli keluarga. 

ORANG: Terdapat tiga individu yang mewakili ibu, ayah dan anak yang memerlukan perlindungan dan sokongan antara satu sama lain.

HATI: Melambangkan kasih sayang antara ahli dalam keluarga.

RANTING: Melambangkan liku-liku kehidupan yang dialami oleh setiap keluarga yang perlu diselesaikan dengan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengekalkan keluarga bahagia.

AKAR: Melambangkan dasar kekeluargaan yang kukuh dan utuh dalam mengekalkan institusi     kekeluargaan. 

 GROWING RELATIONSHIP: Melambangkan peranan kami akan bersama-sama dengan klien untuk berkembang dan berfungsi sepenuhnya (fully-functioning).




LATAR BELAKANG KONSULTAN


ZAAS EMPIRE CONSULTANT telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan perkongsian 4 orang rakan kongsi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling daripada Universiti Malaysia Terengganu. Konsultan kami telah bertapak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Pertubuhan konsultan ini merupakan persetujuan daripada ahli-ahli konsultan kami bagi mewujudkan pertubuhan yang mampu memberi perkhidmatan kaunseling kepada golongan yang amat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada kaunselor.

Konsultan ini telah mendapat kelulusan daripada pensyarah psikologi dan kaunseling merangkap sebagai ketua jabatan Fakulti Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu.


VISI

  • Memperkasakan perkhidmatan kaunseling dan keluarga ke arah mencapai pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang.


MISI

  • ZAAS EMPIRE CONSULTANT komited untuk bertindak sebagai agensi utama dalam mengintegrasikan perspektif keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, ilmu dan harmoni dalam memperkukuhkan institusi keluarga ke arah kesejahteraan sosial.  



OBJEKTIF

1) Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkesan bagi meningkatkan penyertaan dan peranan aktif   keluarga ke arah negara yang membangun.
2) mengoptimunkan tahap kesejahteraan psikologi klien melalui perkidmatan kaunseling yang diberikan.
3) Memantapkan institusi kekeluargaan. 


MATLAMAT

  • Membentuk keluarga yang sejahtera melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan sosial yang cekap dan berkesan.
  • Antara matlamat yang ingin dicapai: 
  1. menyelesaikan konflik
  2. memahami tanggungjawab
  3. memulihkan perhubungan 
  4. memahami diri sendiri dan orang lain  yang signifikan.
  5. mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil.

No comments:

Post a Comment