Sunday 29 April 2012





KAUNSELING PERKAHWINAN

Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk pasangan yang telah berkahwin. Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan menolong  dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka. Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk mengurus atau menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil daripada menjadi besar dan serius.

Kaunseling Keluarga ialah satu teknik psikoteraputik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi.

Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan yang berlaku kan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga. semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya kedua-dua individu dan keluarga berkembang.




JADIKAN INI IMPIAN ANDA