PENGENALAN

Apa itu e-kaunseling? 


Konsep asas e-kaunseling ialah satu proses interaksi antara klien dan kaunselor yang berada dalam lokasi yang berbeza dan menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi. Kaunseling ini menggunakan perkhidmatan e-mail atau chat.
Relevan e-kaunseling
  • Individu tidak suka keluar rumah untuk bertemu kaunselor secara bersemuka.
  • Individu malu untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka
  • Individu terlalu sibuk untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka.
  • Individu yang menghadapi masalah komunikasi dan perhubungan (orang kurang upaya).
  • Penjimatan dari segi kos, tenaga dan masa.
  • Individu yang memerlukan proses teraputik sendiri.

 

Siapa pengguna e-kaunseling

  • Individu yang menghadapi kesulitan berkaitan peribadi, keluarga, emosi, perhubungan, kewangan dan akademik.

Proses e-kaunseling Dijalankan

  • Kaedah pertama ialah secara e-mel di mana perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan ialah melalui balasan e-mel. 
  • Klien hanya perlu menghubungi kaunselor melalui alamat e-mel yang dibekalkan dalam laman web dan boleh menghantar e-mel kepada kaunselor untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya. 
  • Klien boleh membuat temujanji tarikh dan masa bagi membolehkan kedua-dua klien dan kaunselor berinteraksi secara langsung ataupun terus log masuk dalam waktu bertugas kaunselor. 
  • Tempoh masa maklumbalas dijanjikan dalam tempoh yang tertentu seperti 24 jam atau 48 jam.
  • Proses membayar yuran dan seterusnya menghadiri sesi dalam ruang sembang yang disediakan. 



No comments:

Post a Comment